web analytics

Archive: ‘:: Landskap ::’



MASJID BESI, PUTRAJAYA

Wednesday, April 13th, 2011

Bismillahirramanirrahim…tangkap gambar landskap merupakan salah satu hobi terawal aku sebelum berjinak dengan dunia tangkap gambar orang kawen. Melalui cara ni kita dapat kenal kamera tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan kenal kamera adalah kita dapat mengetahui atau mencuba fungsi sesuatu setting yang terdapat pada kamera itu. Dari sinilah aku belajar macam mana nak guna kombinasi aperture + shutter + iso + composition. Kombinasi yang aku bagitahu tu adalah basic yang sangat penting bagi menghasilkan atau memberikan impak besar kepada sesuatu gambar.

Kenapa shoot landskap untuk belajar kamera??? Jawapannya kerana kita tak melibatkan orang lain. Hanya diri sendiri dengan alam sekitar. Kita boleh shoot sebanyak mana yang kita mahu atau selagi belum puas hati dengan hasil yang ada. Aku tak nafikan ada banyak lagi cara untuk belajar pasal kamera ni, tapi bagi aku shoot lanskap ni adalah salah satu cara yang terbaik. Selain dapat gambar, dapat juga kita menikmati keindahan ciptaan Yang maha Esa ini.  Ni aku share sedikit gambar Masjid Besi, Putrajaya yang aku shoot bulan lepas. Dek kerana kebosanan dihujung minggu, aku bergerak secara solo untuk merakamkan keindahan Masjid Besi, Putrajaya ;)

Sehingga sekarang aku masih lagi mengambil gambar landskap jika ada masa terluang. Bagi penggemar landskap, mereka tahu bukan senang untuk membuat gambar landskap. Bukan sekadar point & shoot tetapi perlu ada juga sedikit ilmu. Sekarang aku dalam proses mempelajari teknik  slow shutter. InsyaALLAH jika berkesempatan nanti aku share gambar & teknik ye. Wassalam

notakaki 1 : masuk opis dengan tersenyum sebab my fevret team layak ke semi final champions league…kekekeke

notakaki 2 : esok genap setahun tragedi hitam yang mematahkan tangan kiri aku…bersyukur kerna tangan kiri ini masih boleh berfungsi walaupun saiz dah xsama dengan tangan kanan.. :P rupa-rupanya ada peristiwa indah tatkala kesedihan itu berlaku..tragedi di hospital barangkali.. ;)

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://khairulhafiz.net/blog
Old Blog : http://cotscreative.wordpress.com

 

All Images Copyright Khairul Hafiz Photoblog | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge