web analytics

Archive: ‘:: Potrait ::’



POTRET SI CILIK IMTIYAZ

Thursday, November 24th, 2011

Bismillahirramanirrahim…moga korang semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Sekarang dah masuk penghujung tahun 2011 atau dengan kata senangnya musim cuti sekolah. Kalau sebelah pantai timur, musim cuti sekolah ini lebih sinonim dengan musim tengkujuh atau musim hujan. Tatkala aku menulis, beberapa tempat di Terengganu & Kelantan sudah mula dinaiki air. Bila banjir ni, anak-anak kecil lah yang paling seronok sebab dapat main air banjir…aku tahu sebab dulu akulah budak paling seronok main air banjir sampai tak nak masuk rumah :P… Tapi biasanya mak ayah lah paling risau bila banjir ni. Risaukan keselamatan anak-anak satu hal. Satu hal lagi risaukan tentang harta benda di rumah. Kalau rosak, mana nak cari duit untuk ganti. Begitulah beban yang perlu ditanggung bila banjir…anak-anak rilek kecil rilek je main air..hehe

Kali ni aku nak berkongsi gambar potret si cilik iaitu Imtiyaz atau nama manjanye im. Im ni merupakan anak pertama sahabat/rakan sekerja aku di UPM. Layan dulu gambar ni ye..


Terima kasih kepada sahabat aku iaitu Yap & Ziana yang memberikan kepercayaan kepada aku untuk merakamkan potret anak mereka. Moga im menjadi anak mithali suatu hari nanti..amin..Wassalam

notakaki : aku dah buka slot tempahan sampai bulan jun 2012…boleh emel aku untuk sebarang pakej ye… :)

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://khairulhafiz.net/blog
Facebook : http://www.facebook.com/khairulhafizmohammad

NURAINI RASYIQAH

Wednesday, February 23rd, 2011

Bismillahirramanirrahim…dah lama aku tak bercerita tentang anak buah aku yang sorang ni..(memang sorang je pun buat masa sekarang…hehe). Masa aku balik kampung bulan 12 yang lepas, aku tak berkesempatan untuk jumpa dengan budak kecik ni. Masa tu dia pergi bercuti…ceewaahhh..kecik-kecik dah pegi bercuti.hehehe. So bile balik kampung minggu lepas, seperti biasa dia “blur” sebab tak berapa kenal pakcik dia yang sorang ni. Almaklumlah, pakcik dia ni jarang balik kampung..kekkekee..tapi bile dah lama tu ok je. Bile dah kenal tu ape lagi, siap suruh ambil gambar ;) Layan dulu gambar ni…

Budak iqa ni memang dah besar. Dah boleh main kejar-kejar, boleh panjat tangga kat rumah, boleh buat kacau kat rumah.hehehe. Biasalah, budak tengah membesar. Gambar kat pantai ni aku ambil di Pantai Mengabang Telipot, dekat je dengan Pantai Airport Kuala Terengganu. Bagi dia main pasir lepas tu aku shootlah. Sedikit tips untuk shoot kanak-kanak tak kira guna apa jua jenis kamera. Biarkan subjek bermain sendirian @ dgn budak2 lain (kalau adelah). Tugas anda adalah rakam moment subjek. Sekali sekala panggil subjek supaya ada “eye contact” dengan kamera. Tu cara aku lah… :)

Sebenarnya aku saja up entry gambar Iqa sebab dah lama tak ambil gambar dia. Asyik gambar wedding je kan. Hehehe. Entry lepas ni aku kembali kepada gambar wedding. Nantikan kemunculannya ;)

notakaki : minggu ni insyaALLAH aku akan pergi bercuti…hehe

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://khairulhafiz.net/blog
Old Blog : http://cotscreative.wordpress.com

 

All Images Copyright Khairul Hafiz Photoblog | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge