web analytics

Archive: ‘:: Rencam ::’



AIDILADHA 1432H

Tuesday, November 8th, 2011

Bismillahirramanirrahim…Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog ini. Macam mana dengan raya korang..banyak makan daging? Jaga kesihatan ye kawan-kawan :) Tahun ni tahun kedua aku beraya diperantauan..perantau la sangat…hahaha. Disebabkan itu aku pun turut serta dalam ibadah korban yang dianjurkan oleh Masjid Jamek Kompleks Pertanian Serdang. Sebanyak 13 ekor lembu menjadi korban tahun ni. Layan dulu gambar ni ye…

ALHAMDULILLAH…majlis ini sangat meriah dengan kerjasama oleh penduduk kawasan. Siap boleh bahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk bekerjasama. Kalau korang perasan, dekat orang yang pakai baju kuning tu ada nombor kat belakang 1-6. Haa..tu la pecahan kumpulan dia. Kumpulan 1 uruskan lembu pertama, kumpulan 2 uruskan lembu kedua dan sterusnya macam tu lah. Lembu ketujuh balik kepada kumpulan 1 :) Untuk ibadah korban ni, aku ambil gambar sepenuhnya menggunakan lens 50mm sebab aku malas nak tukar2 lens. Jadi aku terpaksa lah zoom guna kaki bagi mendapatkan gambar dari jarak dekat & sebaliknya bagi mendapatkan gambar jauh. Moga ibadah korban yang kita lakukan kali ni mendapat berkat & rahmat dari Ilahi. Ok, hingga bertemu lagi. Wassalam

notakaki : untuk makluman, slot untuk bulan 11 & 12 telah penuh. Terima kasih kepada semua yang bertanya. InsyaALLAH aku cuba lakukan yang terbaik untuk semua :)

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://khairulhafiz.net/blog
Facebook : http://www.facebook.com/khairulhafizmohammad

ANIS ARISSA

Thursday, July 28th, 2011

Bismillahirramanirrahim…bagi sahabat yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi ni, aku cadangkan tak perlulah korang bazirkan wang ringgit yang korang ada dengan membeli lens yang mahal-mahal atau dengan kata lainnya lens yang mempunyai aperture besar. Dalam konteks ni aku akan spesifikkan kepada lens nikkor 50mm. Lens kegemaran ramai orang ni ada beberapa jenis antaranya 50mm f1.8D, 50mm f1.8G, 50mm f1.4D dan 50mm f1.4G. Kalau anda jenis yang banyak duit tak kisah lah. Ni bagi yang meminati hobi mengambil gambar tapi mempunyai bajet yang terhad. Bagi aku 50mm f1.8D tu sudah mencukupi dan boleh buat gambar. Kalau nak buat shoot event besar, 50mm f1.8D ni agak terhad penggunaannya.

Aku pun masih menggunakan lens ini dari awal pembabitan dalam dunia tangkap gambar orang kahwin sehinggalah sekarang. Kiranya banyak jasa jugaklah lens ni kat aku.hehe. Kat bawah aku kongsikan gambar yang aku shoot sepenuhnya menggunakan lens 50mm f1.8D untuk sesi bersama budak kecik bernama Anis Arissa. Untuk gambar² kat bawah, aku gunakan “spot metering” sebab untuk gambar perseorangan/potrait sebegini contrass hitam putih yang terhasil lagi best. Hasilnya anda akan dapat gambar yang berbeza jika menggunakan “matrix metering” atau “center weight metering”. Kalu korang tak percayalah, cubalah :)

Perlu diingat, tu cara aku untuk shoot potrait. Korang mungkin ada cara yang lagi baik untuk menghasilkan gambar yang baik. Memang tak dinafikan lens 50mm 1.4G tu lagi best, tapi kalau korang tiada bajet buat ape nak susahkan diri untuk beli lens itu. Guna dulu lens yang ada dan optimumkan penggunaan. InsyaALLAH anda akan dapat hasilnya. Wassalam

notakaki : bagi ibu² & bapak² yang mahukan aku ambil gambar anak anda seperti ini pada bulan puasa nanti bolehlah emel aku ye :)

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://khairulhafiz.net/blog
Facebook : http://www.facebook.com/khairulhafizmohammad

MARISSA NUR AQILAH

Thursday, June 30th, 2011

Bismillahirramanirrahim…sedar tak sedar, kita sudah berada  pada 28 rejab. Bermakna dalam masa sebulan lagi kita akan berjumpa dengan penghulu segala bulan iaitu Ramadhan Al Mubarak. Begitu cepat masa berlalu kan. Terasa baru sahaja bulan mulia ini meninggalkan kita. Kini ia kembali semula. Sudah bersediakah kita untuk menyambut kehadiran bulan ini. Bagaimana dengan persiapan kita. Hanya kita yang mempunyai jawapan tersebut. Sementara masih ada bulan rejab & akan datang sya’ban, marilah kita penuhkan bulan ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat seterusnya melipatgandakan amalan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Kali ni aku share gambar Majlis Potong Jambul Marissa Nur Aqilah, puteri kepada pasangan Azizi dan Aireen yang berlangsung di USJ. Perkara yang menarik bila mengambil gambar bayi ni adalah kita rasa tenang bila melihat wajah bayi tersebut. Kita sedia maklum bahawa anak-anak dilahirkan bersih seperti kain putih. Mungkin disebabkan itu jugalah kita akan rase tenang bila lihat bayi :) Gembira bila melihat rakan-rakan seperjuangan zaman belajar dulu dah timang anak. Ni rase nak kahwin ni…kekkeke (ok..dah melalut) Layan gambar majls tersebut dulu ye…

Tahniah kepada Azizi dan Aireen atas kurniaan puteri pertama ini. Moga Marissa Nur Aqilah menjadi seorang anak yang solehah serta bijak pandai suatu hari nanti. Amin….Wassalam

notakaki : bajet untuk baju raye tahun ni dibekukan selari dengan kenaikan harga emas dipasaran…kekekkeke :P

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://khairulhafiz.net/blog
Facebook : http://www.facebook.com/khairulhafizmohammad

 

All Images Copyright Khairul Hafiz Photoblog | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge