web analytics

Hubungi Aku

Bismillahirramanirrahim… Bermula dengan hobi mengambil gambar sejak dari zaman persekolahan lagi, minat yang begitu mendalam berkenaan bidang fotografi berterusan hingga kini. Memiliki kamera sendiri pada awal 2009 seterusnya mula belajar mengambil gambar orang kahwin dengan mengikut sahabat-sahabat yang telah lama bergiat dalam bidang ini. Setelah setahun giat belajar mengenai bidang ini, barulah berani membuka lembaran baru dalam bidang ambil gambar orang kahwin iaitu mengambil job pertama pada awal 2010. Seterusnya sehingga kini masih lagi giat mengambil gambar orang kahwin.

Menjadikan bidang ini sebagai kerja ‘part time‘ selain tugas hakiki di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia tidak menjadi halangan untuk aku memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan pakej ‘basic‘ bermula pada harga RM450, sesiapa sahaja boleh mendapatkan khidmat fotografi ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat fotografi ni bolehlah isi form di bawah dengan memberikan butir-butir berikut bagi memudahkan lagi urusan:

- Tarikh Majlis :
- Jumlah Aturcara :
- Jumlah Hari :
- Jenis Album :
- Lokasi Majlis :
- Bajet : (jika ada)

Nama (diperlukan)

Email (diperlukan)

Subjek

Mesej

Terima Kasih

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://khairulhafiz.net/blog

 

All Images Copyright Khairul Hafiz Photoblog | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge