web analytics

TEASER KHAIRUL & NURBAYA

March 22nd, 2012

Bismillahirrahmanirrahim…disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan..dah 5 hari demam…aku boleh update teaser sahaja…kerja² buat album pun tergendala…Tunggu full entri nanti ye.. :)

Teaser Khairul & Nurbaya, Sabak Bernam

SYAFIQ & HIDAYAH, SANDING

March 13th, 2012

Bismillahirrahmanirrahim…entry kali ni diteruskan lagi dengan gambar-gambar sekitar Majlis Persandingan Syafiq & Hidayah yang berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya.

Disebabkan banyak gambar sangat, aku terpaksa asingkan gambar outdoor untuk entri seterusnyanya. Tunggu ye…Wassalam.

notakaki lagi : kehidupan aku dah mula berubah sedikit demi sedikit…komitmen pun makin bertambah..insyaAllah kearah yang lebih baik..amin…

 

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Twitter : http://twitter.com/khairulhafiz85  (khairulhafiz85)
Facebook : http://www.facebook.com/khairulhafizmohammad

AKAD NIKAH SYAFIQ & HIDAYAH

March 6th, 2012

Bismillahirrahmanirrahim…pertamanya mohon maaf yang teramat kepada semua yang singgah kat blog ini sebab tak ber’update’ sejak sebulan yang lalu. Salah satu sebab blog ini tak ber’update’ disebabkan aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja dikantor. Bermula januari 2012, beban kerja aku dikantor semakin meningkat dan memerlukan komitmen yang tinggi. Aku juga sudah mula mengurangkan masa di laman sosial terutamanya facebook dan perkara ini sudah mula dihidu oleh beberapa rakan hingga ada yang bertanya kemana aku menghilang..hehehe. Tapi komitmen aku dikantor tidak menghalang komitmen aku terhadap fotografi yang seakan sudah sebati dengan diri aku. (pehhh..ayat nak sedap)..hahhaha.

Tanpa melengahkan masa, aku share gambar sekitar majlis akad nikah Syafiq & Hidayah yang diadakan di Masjid Al Falah, Usj 9. Korang layan dulu gambar ni ye…

Syafiq & Hidayah ni merupakan sahabat aku masa belajar dulu. Jadi mudah bagi aku untuk bekerjasama dengan mereka. Cuma pada majlis akad nikah, aku terpaksa hadkan gambar-gambar ‘pose’ kerana menghormati etika masjid dan juga masa yang tidak mengizinkan. Untuk outdoor nanti buatlah banyak gambar :)

Sekarang aku juga sedang sibuk menguruskan keperluan diri sendiri. Antara keputusan yang paling besar dalam hidup aku barangkali. Siapa tahu kan. Mungkin aku cakap..mungkin..hehehe :) Jadi aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan komitmen yang begitu tinggi ini. Doakan yang terbaik untuk aku ye. Wassalam.

notakaki : kepada yang emel bertanyakan pakej, aku dah reply semua emel semalam. maklumkan kepada aku jika tak dapat emel tu ye…

notakaki lagi : nantikan pakej photobook terbaru dari aku…stay tune :)

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Twitter : http://twitter.com/khairulhafiz85  (khairulhafiz85)
Facebook : http://www.facebook.com/khairulhafizmohammad

 

All Images Copyright Khairul Hafiz Photoblog | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge